Maksudnya:-Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui

Join The Community



Assalamualaikum , Saya Pak Da dari Kg Melayu Subang.

Perkhidmatan ini disediakan setelah saya seringkali dipanggil oleh ahli keluarga dan kawan saya untuk ke rumah mereka demi menerima rawatan berbekam. Dari situ saya mendapat ilham untuk menyediakan perkhidmatan ini dari rumah ke rumah kepada mereka yang ingin melakukan rawatan berbekam ini tetapi tidak mempunyai masa untuk mencari ataupun melakukkannya di pusat rawatan.

Saya mula menceburi bidang rawatan ini setelah saya mendapat rawatan dari saudara saya. Dari situ saya merasai kelegaan dan kesan yang positif setelah menerima rawatan berbekam dari beliau.Saya pun mencari pusat rawatan yang menyediakan kursus berbekam dan dalam tahun ini juga saya menjalani kursus perubatan berbekam dari HPA putrajaya selama sehari.

Insyallah dengan adanya perkhidmatan rawatan bergerak ini ,saya dapat menawarkan rawatan berbekam yang menjadi sunnah rasul kita kepada sesiapa saja yang tidak mempunyai kelapangan untuk berbuat demikian dipusat-pusat rawatan.






View Business Listing in a larger map

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...