Pelbagai jenis makanan dan rawatan yang disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW, untuk kebaikan umatnya.Antaranya berbekam dan mengamalkan meminum cuka dari herba.
Bersabda Rasulullah S.A.W.,
” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti
Kencing manis
Darah tinggi
Membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus
Mencegah obesiti
Penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.
Mencegah masalah asid berlebihan
Masalah gout
Buasir
Masalah usus
Sembelit
Membuang toksik
Menstabilkan kepanasan badan
Migrain
Penjagaan kulit.
CARA MENGAMAL
Cuka ini diminum sebanyak sekitar 15 ml selepas sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Rasanya masam dan ianya boleh dicampur dengan air untuk mengurangkan kemasamannya. Ianya lebih sempurna jika dicampur dengan madu sekitar 20 - 30 ml.
Cuka ini juga seperti herba-herba lain, ia akan menunjukkan kesan awal penyembuhan (DOC - Direction of cure) seperti
Keletihan, demam, sakit badan, bau busuk peluh dan pening.
Kesan DOC mungkin sama atau berlainan di antara individu bergantung kepada keadaan pasien itu. Sekiranya DOC tidak terjadi, ini menunjukkan bahawa penggunaan herba tersebut tidak mencukupi dosnya atau tidak sesuai dengan pasien.
Sekiranya DOC terlalu kuat sehingga tidak mampu ditanggung oleh pasien, sila kurangkan dos dengan mengurangkan kuantiti setiap kali diambil (contoh: selalu minum 15 ml, kurangkan ke 10 ml sahaja) atau kurangkan kekerapan (contoh 3 kali sehari menjadi 2 kali).
CUKA KURMA
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa
“Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. .......Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Penyakit datangnya dari Allah SWT untuk menghapuskan dosa kita, maka banyaklah memohon keampuan dariNya atau untuk meningkatkan darjat kita, maka banyaklah bersyukur kepadaNya. Kesembuhan tetap dariNya juga, oleh itu marilah bersama berdoa semoga kesembuhan dan kesihatan Allah SWT kurniakan kepada kita seandainya itu yang lebih baik untuk diri kita. Insya Allah.
- kredit untuk http://bekam-sunah.blogspot.com/ -
Join The Community