Adakah batal puasa berbekam? Ada hadis mengatakan ia batal
J: Tidak batal berbekam ketika puasa. walaupun ada hadis jelas mengatakan batal, namun hadis yang terkemudian daripada itu adalah terpakai. Iaitu nabi sendiri telah berbekam pada baginda sedang berpuasa.
Sabda Rasulullah SAW :
"Jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya"
.......HR Malik
Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”
......... Riwayat Ibnu Majah
Sabda Nabi SAW ;
"Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay”
.........Hadith Sahih Al Bukhari
Dari Anas bin Malik R.A., berkata:
“Nabi S.A.W. pernah berbekam ketika beliau tengah berihram karana rasa sakit di kepalanya.”
.........Sahih Ibnu Khuzaimah, karya al-A’zhami
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Tidak batal puasa orang yang muntah atau orang yang bermimpi (basah) dan tidak juga orang yang berbekam.”
.........HR. Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, sanad hasan oleh al-Albani
Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda:
“Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya..”
Join The Community