Maksudnya:-Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui

Join The Community

Info | Senaman Orang Malas Untuk Sex, Kesihatan dan Mutu Hidup


Motivate diri anda dengan membeli pakaian sukan yang mahal dan cantik. Keluar shopping apabila berkemampuan, beli barangan sukan seperti baju, seluar dan kasut Adidas atau Nike.

Jika anda mampu membeli 'Head Band' dan 'Wrist Strap' adalah juga digalakkan. Walaubagaimanapun jika anda tidak berkemampuan anda boleh menggunakan pakaian yang sedia ada.


Apabila anda sampai kerumah, pakai pakaian tersebut yang membuatkan anda merasa seperti seorang atlit dan memberikan motivasi kepada anda untuk bersenam. Sambil menghadap tv diruang tamu, di depan sofa, duduk jika anda mahu.

Kira atau sebutkan 'seribu satu' dan bangun selepas mengira. Kawal pergerakan anda lakukan dengan perlahan lahan. Pastikan belakang anda selurus yang boleh atau tegak. Kira atau sebutkan 'seribu satu' dan duduk kembali dengan perlahan lahan.

Jangan jatuhkan diri anda. Lakukan sebanyak lima belas kali. atau kira setiap gerakan dengan kiraan menaik sehingga 'seribu lima belas' .


Setelah selesai melakukan gerakan di atas, berdiri di atas satu kaki samada kaki kiri atau kanan dan depa kan tangan anda. Pastikan badan anda lurus atau tegak. Tegakkan tangan anda ke depan. Jika anda berdiri di atas kaki kanan bengkokkan lutut kaki kiri 90 darjah.

Berdiri seperti yang tersebut selama 60 saat sambil menonton rancangan kegemaran anda. Tukarkan kaki dan buat perkara yang sama untuk sebelah kaki lagi. Tukarkan kaki sebanyak 3 set, satu set lakukan sebanyak 10 hingga 15 kali.


Ambil kusyen sofa anda dan letakkan di depan anda. Pijak kusyen tersebut perlahan lahan dan lakukan seperti anda berlari setempat setiap kali anda menukar kaki. Lakukan sebanyak 10 kali setiap set untuk 3 hingga 4 set.

Anda sudah berpeluh sekarang? Bukakan kipas ruang tamu anda. Jika anda terasa hendak baring, anda boleh baring tapi dengan cara melentang. baring satu saat atau sebutkan 'seribu satu' dan berdiri secepat mungkin. Lakukan sebanyak 10 kali setiap set untuk 3 hingga 4 set.
Anda sudah penat? Berhenti, tarik nafas selama 3 saat dan hembuskan selama 3 saat. lakukan beberapa kali kerana anda telah berjaya melakukan Senaman Orang Malas.\

Anda telahpun melakukan senaman yang bukan sahaja akan mengubah hidup anda tetapi juga akan meningkatkan stamina, kesihatan dan mutu hidup anda. Senaman Orang Malas ini di cipta oleh Robert Lagana, seorang physical trainer dan terlibat dalam sukan bina badan selama 16 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...