Maksudnya:-Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui

Join The Community

Solat Malam

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Apabila tidur salah seorang kamu, SYAITAN akan mengikat dengan TIGA SIMPULAN di atas kepala kamu..Setiap simpulan dihembus: MALAM MASIH PANJANG LAGI, TIDURLAH KAMU... Sekiranya manusia bangun sambil menyebut nama Allah, simpulan pertama akan terbuka... Kemudian jika dia berwudhu', simpulan kedua pula akan terbuka.. Kemudian jika dia bersembahyang tahajjud, maka kesemua simpulan akan terbuka... Maka berpagi2 dia dalam keadaan cergas, gembira dan banyak kebaikan yang diperolehinya...Dan JIKA SEKIRANYA DIA TIDAK BANGUN TAHAJJUD, dia akan lesu, malas dan rugi daripada segala kebaikan..." (HR Abu Daud)
Dari Uqbah bin Amir r.a. menceritakan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Dua orang lelaki dari umatku telah bangun di waktu malam, dalam keadaan HATI YANG BERAT, yang mana syaitan telah mengikatnya dengan beberapa simpulan... APABILA DIA BERWUDHU' dengan membasuh tangannya, satu ikatan telah terbuka... APABILA DIA MEMBASUH MUKANYA, satu lagi ikatan telah terbuka... APABILA DIA MENYAPU KEPALANYA, satu lagi ikatan telah terbuka... APABILA dia membasuh kedua kakinya, satu lagi simpulan yang mengikatnya terbuka... Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada para malaikatNya: LIHATLAH KEPADA HAMBA KU INI, BETAPA DIA BERSUSAH PAYAH (KERANA KU), apa sahaja yang diminta oleh hambaKu ini, dia akan memperolehinya..." (HR Ahmad)
Sumber : Ramli Joned

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...